Koordinat:
50°02′09″N 19°10′42″E / 50.03583°N 19.17833°E / 50.03583; 19.17833Auschwitz-Birkenau (
Konzentrationslager Auschwitz (
bantuan·
maklumat)) ialah
kem tahanan terbesar yang dibina pihak
Jerman Nazi. Tapaknya terletak di negara
Poland, kira-kira 50 kilometer di barat bandar
Kraków dan 286 kilometer di selatan bandar raya
Warsaw. Nama kem ini bersempena pekan
Oświęcim yang berhampiran. Nama Birkenau pula diterjemah dari Brzezinka, iaitu menyentuh
pokok-pokok birch yang mengelilingi tapak tersebut. Berikutan
serangan Jerman terhadap Poland pada September 1939, Oświęcim diilhak oleh Jerman lalu diberi nama Auschwitz dalam bahasa Jerman.Komandan kem
Rudolf Hess memberi keterangan di
Perbicaraan Nuremberg, bahawa sebanyak 3 juta orang mati di Auschwitz. Muzium Negeri Auschwitz-Birkenau pula membetulkan jumlahnya kepada 1.1 juta,
[1][2] 90% daripadanya berketurunan
Yahudi dari merata Eropah.
[3] Kebanyakan mangsa dibunuh dengan tersedut gas
Zyklon B di
bilik-bilik gas Auschwitz II; tidak pun mereka mati akibat dibiarkan kebuluran, buruh paksa, ketiadaan kawalan penyakit, hukuman mati secara individu, dan kononnya "eksperimen perubatan".Pada tahun 1947, sebagai tanda mengingati mangsa-mangsa, Poland menubuhkan muzium di tapak kem tumpuan Auschwitz. Pada tahun 1994, seramai 22 juta pengunjung, iaitu 700,000 setiap tahun, telah melalui pintu besi yang beralaskan cogan kata "
Arbeit macht frei" (Kerja membawa kebebasan). Ulang tahun pembebasan Auschwitz oleh tentera
Soviet pada 27 Januari 1945 disambut pada
Hari Peringatan Holokus di beberapa negara.